The Royal Bank of Scotland Berhad
Perbankan Perdagangan Dalam Talian
Commercial Banking Malaysia

Pembiayaan Perdagangan

Kurangkan kos dan risiko dan pada masa yang sama menjamin pembayaran dan mempercepatkan aliran tunai

Pembiayaan import

Pinjaman import jangka pendek bagi pembayaran barangan membolehkan anda merebut peluang perniagaan dan pada masa yang sama memperbaik pengurusan tunai.

Pembiayaan import pra-penghantaran

Pembiayaan jangka pendek pra-penghantaran membolehkan pengeksport mendapatkan bahan mentah bagi pengilangan barangan siap untuk dieksport.

Perundingan/pendiskaunan bil eksport

Pembiayaan jangka pendek pasca-eksport dapat diatur untuk melancarkan aliran tunai anda sementara menunggu pembayaran daripada bank pengeluar L/C. Bagi bil bukan L/C, bank juga boleh memberikan kemudahan pembelian bil untuk mengurangkan keperluan aliran tunai penjual.

Pembiayaan akaun terbuka pasca penghantaran

Pembiayaan ke atas penyerahan invois dan dokumen pengangkutan dapat menampung keperluan pengeksport terhadap sebarang isu aliran tunai berbangkit daripada penjualan atas dagangan akaun terbuka yang membenarkan pengeksport memberikan terma kredit kepada pembeli.

Pembiayaan rangkaian pembekalan

Alat berkesan untuk membolehkan pembeli utama merunding terma pembelian pilihan dan memperkukuhkan perhubungan mereka dengan penjual dan pembekal teras mereka.

Perlukan maklumat lanjut?

Kami sedia membantu anda.

Perbankan Perdagangan Dalam Talian

Tingkatkan kecekapan dan aliran tunai anda dengan alat transaksi dalam talian yang berjaya memenangi award, bagi tujuan pengurusan tunai dan perdagangan.

The Royal Bank of Scotland © 2009
The Royal Bank of Scotland Berhad (301932-A)
rbs.my   |   Penafian   |   Kenyataan Privasi   |   Keselamatan   |   Piagam Pelanggan