Maksimumkan peluang perdangan melalui proses dokumen dan pembiayaan yang efisien
Kami menawarkan rangkaian perkhidmatan dokumen import yang komprehensif dan unggul untuk memastikan proses perdagangan yang lancar.
Sebagai bank perdagangan global yang terkemuka, The Royal Bank of Scotland Berhad boleh mengeluarkan L/C tak boleh mansuh. Keupayaan untuk memberikan maklumat tepat pada masanya, misalnya L/C diterbitkan dalam talian oleh The Royal Bank of Scotland Berhad kepada pembekal anda, boleh membantu mempercepatkan penghantaran barangan.
Kami bertindak sebagai pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk mengendalikan dokumen perkapalan, dan menyediakan perkhidmatan perantaraan untuk memudahkan penyelesaian perdagangan dengan masa pusing balik yang pantas dan caj bank yang bersaingan.
Pembiayaan jangka pendek boleh diatur bagi pembayaran barangan untuk membolehkan anda merebut peluang perniagaan dan pada masa yang sama mempertingkatkan aliran tunai.
Dalam keadaan di mana barangan tiba di pelabuhan sebelum dokumen relevan (misalnya Bil Muatan), The Royal Bank of Scotland Berhad boleh menyediakan jaminan perkapalan supaya pengimport dapat memastikan barangan lepas pemeriksaan kastam. Ini merupakan suratcara penting bagi pengimport untuk mengelakkan kos demuraj yang tinggi.
Akujanji daripada bank yang mempunyai reputasi baik memberikan jaminan tambahan kepada pelanggan anda. Dalam keadaan ini pembayaran akan dilunaskan sekiranya pemohon mengingkari obligasinya di bawah kontrak. Jaminan juga merupakan pengganti deposit tunai yang diperlukan untuk mendapatkan kontrak perniagaan.
Perbankan Perdagangan Dalam Talian
Tingkatkan kecekapan dan aliran tunai anda dengan alat transaksi dalam talian yang berjaya memenangi award, bagi tujuan pengurusan tunai dan perdagangan.