The Royal Bank of Scotland Berhad
Perbankan Perdagangan Dalam Talian
Commercial Banking Malaysia

Eksport

Raih kelebihan melalui proses pendokumenan dan penyelesaian pungutan elektronik yang efisien.

Penyelesaian pungutan elektronik dan fizikal bersepadu The Royal Bank of Scotland Berhad dapat banyak mengurangkan hari belum terima (‘days receivable’) dan justeru itu melancarkan pengurusan aliran kerja.

Kami menawarkan penyelesaian hujung ke hujung yang mudah dan direka khas melalui produk kami yang berjaya memenangi award dan juga alat e-penyampaian untuk membantu pelanggan mencapai matlamat mereka dan mengoptimumkan modal kerja mereka.

Surat kredit pemaklum

The Royal Bank of Scotland Berhad akan menentusahkan kesahihan L/C sebelum kami memaklumkan anda tentangnya. Makluman elektronik dengan teks penuh L/C juga boleh dihantar melalui Perkhidmatan Perdagangan Platform kami, yakni suatu sistem penghantaran elektronik.

Surat kredit pengesahan

Bagi pelanggan yang kurang senang dengan risiko bank pengeluar L/C atau negaranya, kami boleh menambah pengesahan kami ke atas L/C tersebut, lantas memindahkan risiko kepada kami.

Bil eksport untuk pungutan

The Royal Bank of Scotland Berhad juga dapat mengendalikan dokumen eksport anda (Documen atas penerimaan atau Dokumen atas oembayaran) yang dihantar untuk penerimaan pengimport. Kami kemudiannya akan menghantar pembayaran anda apabila dana diterima daripada bank penyerah.

Bil eksport di bawah L/C

Sebagai bank yang menyediakan perkhidmatan perdagangan, kami mempunyai pemeriksa berpengalaman yang akan memeriksa dokumen relevan untuk memastikan dokumen tersebut mematuhi terma dan syarat L/C. Ini membantu melindungi kepentingan anda sebagai pengeksport, dan di samping itu juga dapat memastikan bil yang dikemukakan adalah bersih dan lantaran itu bank pengeluar dapat membuat pembayaran dengan cepat.

Pembiayaan import pra-penghantaran

Pembiayaan jangka pendek pra-penghantaran boleh disediakan untuk membolehkan pengeksport mendapatkan bahan mentah bagi pengilangan barangan siap untuk dieksport.

Perundingan/pendiskaunan bil eksport

Pembiayaan jangka pendek pasca-eksport dapat diatur untuk melancarkan aliran tunai anda sementara menunggu pembayaran daripada bank pengeluar L/C. Bagi bil bukan L/C, bank juga boleh memberikan kemudahan pembelian bil untuk mengurangkan keperluan aliran tunai penjual.

Pembiayaan akaun terbuka pasca penghantaran

Kami boleh menyediakan pembiayaan ke atas penyerahan invois dan dokumen pengangkutan untuk menampung sebarang isu aliran tunai berbangkit daripada penjualan atas dagangan akaun terbuka yang membenarkan pengeksport memberikan terma kredit kepada pembeli.

Perlukan maklumat lanjut?

Kami sedia membantu anda.

Perbankan Perdagangan Dalam Talian

Tingkatkan kecekapan dan aliran tunai anda dengan alat transaksi dalam talian yang berjaya memenangi award, bagi tujuan pengurusan tunai dan perdagangan.

The Royal Bank of Scotland © 2009
The Royal Bank of Scotland Berhad (301932-A)
rbs.my   |   Penafian   |   Kenyataan Privasi   |   Keselamatan   |   Piagam Pelanggan