Dilengkapi dengan rangkaian alat kewangan yang unggul dan menyeluruh, pasukan pakar pasaran global kami dapat menyediakan maklumat dan saranan penasihat terbaik yang disesuaikan khusus buat keperluan perniagaan anda. Kami menawarkan penyelesaian dengan membataskan risiko dan memaksimumkan pulangan melalui perkhidmatan pertukaran asing yang mudah dan fleksibel.
Perkhidmatan FX boleh menolong menguruskan aliran tunai perniagaan melalui perancangan yang diperbaik bagi pembayaran merentas sempadan. Pertukaran asing lani, kontrak pertukaran ke hadapan dan derivatif adalah tiga perkhidmatan pertukaran asing yang paling lazim diurus niaga yang membolehkan perniagaan merancang dengan lebih baik aliran tunai mereka berdasarkan kadar pertukaran dijamin yang ditetapkan terlebih dahulu. Swap FX dan Opsyen juga boleh didapati atas dasar budi bicara yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.
Perbankan Perdagangan di Asia
Bagaimana The Royal Bank of Scotland Berhad boleh membantu anda membina dan mengembangkan perusahaan anda merentas rantau ini.
Hubungi kami hari ini
Tel: +603 2160 9888