Pertukaran asing boleh didagangkan melalui beberapa alat atau pilihan berbeza, dan setiap satu daripadanya mungkin bersesuaian bagi perusahaan berbeza dalam situasi berlainan. Namun, semuanya dapat dikendalikan oleh pasukan pakar perbankan perdagangan kami di seluruh dunia.
Opsyen FX memberikan pemegangnya hak (tetapi bukan obligasi) untuk membeli (‘Call’) atau menjual (‘Put’) jumlah satu mata wang yang ditetapkan berbanding mata wang lain pada harga yang ditetapkan terlebih dahulu (‘Strike’) pada tarikh yang ditetapkan. Ini memberikan lebih kefleksibelan berbanding kontrak Hadapan FX dan boleh menjadi alat mempertingkatkan kadar hasil yang ideal bagi syarikat yang mempunyai lebihan kecairan.
Pasukan FX kami mempunyai platform penasihat risiko yang kukuh dan kepakaran tempatan sejak awal lagi di lebih daripada 47 negara dan menyediakan nasihat pakar tentang penggunaan derivatif FX.
Perbankan Perdagangan di Asia
Bagaimana The Royal Bank of Scotland Berhad boleh membantu anda membina dan mengembangkan perusahaan anda merentas rantau ini.
Hubungi kami hari ini
Tel: +603 2160 9888