The Royal Bank of Scotland Berhad
Perbankan Perdagangan Dalam Talian
Commercial Banking Malaysia

Perbankan Perdagangan Dalam Talian

Dengan hanya satu log masuk yang mudah, anda boleh mengakses perkhidmatan dalam talian kami yang berjaya memenangi award

Perbankan Perdagangan Dalam Talian direka bentuk untuk memenuhi keperluan perniagaan anda yang berpelbagai dan sering berubah-ubah. Perbankan Perdagangan Dalam Talian mencantumkan Perdagangan, Pengurusan Tunai dan Gambaran Keseluruhan Portfolio kami dalam satu penyelesaian berasaskan web yang mudah dan bersepadu.

Kami juga mempunyai rekod prestasi yang membanggakan lantaran kejayaan memenangi award daripada penerbitan industri dan pertubuhan terkemuka di seluruh dunia. Lihat award kami.

Pengurusan Tunai

Platform Pengurusan Tunai kami membantu anda menguruskan kedudukan tunai anda, memudahkan dan menawarkan pemantauan lebih teliti terhadap transaksi perbankan lantas memaksimumkan kecekapan perniagaan anda demi mengekalkan kelebihan persaingan.

Perkhidmatan Perdagangan

Platform Perkhidmatan Perdagangan kami membantu anda menguruskan aktiviti perdagangan domestik dan antarabangsa anda secara berkesan secara dalam talian, mengurangkan risiko merentas sempadan, mempertingkatkan perhubungan perdagangan dengan rakan kongsi perniagaan anda dan menguruskan modal kerja dengan efisien.

Gambaran Keseluruhan Portfolio

Gambaran Keseluruhan Portfolio adalah alat pelaporan terkini yang membentangkan paparan tepat tentang perhubungan perbankan anda dengan kami. Platform ini membentangkan butir-butir berikut:

  • Perkhidmatan akaun / Deposit Bertempoh
  • Overdraf/Pinjaman
  • Kontrak FX
  • Perkhidmatan Perdagangan
  • Kemudahan Belum Dijelaskan

Tunjuk Cara Perbankan Perdagangan Dalam Talian

Lihat bagaimana pengurusan akaun anda setiap detik dapat membantu anda memperolehi kawalan.

The Royal Bank of Scotland © 2009
The Royal Bank of Scotland Berhad (301932-A)
rbs.my   |   Penafian   |   Kenyataan Privasi   |   Keselamatan   |   Piagam Pelanggan