The Royal Bank of Scotland Berhad
Perbankan Perdagangan Dalam Talian
Commercial Banking Malaysia

Pembayaran

Sistem yang efisien untuk memaksimumkan baki tunai

Pengurusan hari belum bayar (‘days payable’) amat penting kerana ini menjejaskan secara langsung kecekapan modal kerja anda.

Kami menyediakan penyelesaian pembayaran fizikal dan elektronik bersepadu melalui cawangan dan sekutu bank strategik kami. Penyelesaian sedemikian dapat menyokong pengurusan hari belum bayar (‘days payable’) dengan lebih efisien.

Pengeluaran tunai

Deposit tunai dan cek boleh dibuat dengan mudah di cawangan terpilih dan di Royal Preferred Banking Centres.

Perintah juruwang dan deraf bank

Kami menawarkan rangkaian pilihan pembayaran yang luas termasuk perintah juruwang dan deraf bank mata wang asing. Kami turut menawarkan perkhidmatan pengeluaran cek untuk kawalan kos dan kecekapan yang lebih mantap, yang membolehkan anda memberi tumpuan kepada perniagaan teras anda.

Buku cek

Kami menyediakan buku cek bagi akaun semasa MYR.

MEPS Interbank Giro

MEPS Interbank Giro membolehkan pembayaran berbilang dibuat melalui sistem penjelasan tempatan demi memastikan pembayaran gaji dan transaksi keluar tetap yang lain dapat dibuat tepat pada masanya.

Pemindahan dana bersepadu

Dengan dibantu oleh rangkaian cawangan antarabangsa dan bank koresponden kami, The Royal Bank of Scotland Berhad boleh menghantar pembayaran anda secara elektronik ke hampir mana-mana negara, dalam semua mata wang utama dan kebanyakan mata wang yang tak terbatas.

Pembayaran RENTAS - pemindahan antara bank tempatan

The Royal Bank of Scotland Berhad merupakan ahli langsung Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti (‘Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities’) (RENTAS) - sistem pembayaran nilai tinggi pada hari yang sama untuk MYR. Pemprosesan dana yang tersedia dengan lancar dan automatik secara elektronik bermakna pembayaran dapat dibuat dalam cara efisien dan tepat pada masanya.

Sedia untuk memohon?

Atau izinkan kami membantu anda memohon

Kami sedia membantu anda.

Perbankan Perdagangan Dalam Talian

Tingkatkan kecekapan dan aliran tunai anda dengan alat transaksi dalam talian yang berjaya memenangi award, bagi tujuan pengurusan tunai dan perdagangan.

The Royal Bank of Scotland © 2009
The Royal Bank of Scotland Berhad (301932-A)
rbs.my   |   Penafian   |   Kenyataan Privasi   |   Keselamatan   |   Piagam Pelanggan