The Royal Bank of Scotland Berhad
Perbankan Perdagangan Dalam Talian
Commercial Banking Malaysia

Pungutan

Realisasikan nilai dengan memperkemaskan dan mempercepatkan kitaran belum terima (‘receivables’).

Penyelesaian pungutan elektronik dan fizikal bersepadu The Royal Bank of Scotland Berhad dapat banyak mengurangkan hari belum terima (‘days receivable’) dan justeru itu melancarkan pengurusan aliran kerja.

Kami menyediakan rangkaian pilihan pembayaran yang komprehensif kepada pelanggan anda, yang disokong oleh maklumat elektronik yang tepat agar anda dapat menyesuaikan lejar penjualan anda dengan cepat dan mudah.

Deposit tunai dan cek

Deposit tunai dan cek boleh dibuat dengan senang di cawangan terpilih dan di Royal Preferred Banking Centres.

Perkhidmatan 'Lockbox'

Pemprosesan 'Lockbox' merupakan perkhidmatan pengurusan tunai yang disediakan oleh bank kepada pelanggan korporat mereka. Perkhidmatan ‘lockbox’ direka bentuk untuk mempercepatkan pungutan dan deposit pembayaran cek.

Pemindahan dana antarabangsa masuk

The Royal Bank of Scotland Berhad dapat mempergunakan rangkaian antarabangsanya yang besar untuk mempercepatkan pemindahan bertelegraf masuk demi melancarkan aliran tunai anda.

RENTAS - pemindahan antara bank tempatan

The Royal Bank of Scotland Berhad merupakan ahli langsung Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti (‘Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities’) (RENTAS) - sistem pembayaran nilai tinggi pada hari yang sama untuk MYR. Pemprosesan dana masuk dengan lancar dan automatik secara elektronik bermakna pembayaran dapat diterima dalam cara efisien dan tepat pada masanya.

Sedia untuk memohon?

Atau izinkan kami membantu anda memohon

Kami sedia membantu anda.

Perbankan Perdagangan Dalam Talian

Tingkatkan kecekapan dan aliran tunai anda dengan alat transaksi dalam talian yang berjaya memenangi award, bagi tujuan pengurusan tunai dan perdagangan.

The Royal Bank of Scotland © 2009
The Royal Bank of Scotland Berhad (301932-A)
rbs.my   |   Penafian   |   Kenyataan Privasi   |   Keselamatan   |   Piagam Pelanggan