Kami menyediakan perkhidmatan perbankan global yang berjaya memenangi award kepada pelbagai kategori pelanggan termasuk perniagaan kecil, syarikat multinasional, institusi kewangan dan pelanggan mewah.
Setiap pelanggan mempunyai pelbagai keperluan perbankan yang berbeza-beza dan kami dapat mempergunakan pengalaman kami selama ini di Asia untuk menjadi rakan perbankan anda di rantau ini dan juga di dunia.
Pengurus Perhubungan kami benar-benar memahami perniagaan dan industri pelanggan dalam pelbagai pasaran, dan dapat menyediakan penyelesaian yang memudahkan perancangan perniagaan dan memacu strategi pertumbuhan.
Untuk melihat rangkaian perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh The Royal Bank of Scotland Berhad untuk perniagaan anda, pilihlah sektor perniagaan yang paling bersesuaian dengan profil anda.
Pengilang yang berjaya harus berupaya memberi gerak balas pantas dan bertindak tanpa melengahkan masa.
Pedagang perlu berupaya memenuhi keperluan pelanggan dengan pantas. Rantaian pembekalan dan penyelesaian pembiayaan yang tepat dapat merangsang pengurusan perniagaan dan kewangan yang cekap.
Para profesional daripada semua golongan perniagaan perlukan penyelesaian pengurusan dan pembiayaan tunai yang terbaik.
Perbankan Perdagangan di Asia
Bagaimana The Royal Bank of Scotland Berhad boleh membantu anda membina dan mengembangkan perusahaan anda merentas rantau ini.
Hubungi kami hari ini
+603 2160 9888